Bertempat di
Rumah Abg Rahim pada jam
9.00 malam pada
11 Januari 2014 telah diadakan perjumpaan bersama penduduk Fasa 2 dan 3 yang mana perjumpaan ini bertujuan bagi bersuai-kenal antara AJK KRT RTU Fasa 1 bersama penduduk RTU Fasa 2 dan 3 yang baru sahaja rumah mereka dibuka untuk diduduki.
Perjumpaan ini turut membahaskan isu-isu mengenai
soal keselamatan di Fasa 2 dan 3 yang mana kemungkinan perlunya penambahan terhadap staff Security di kawasan tersebut bagi memantapkan lagi keselamatan penduduk. Namun begitu, persoalan mengenai kos dan jumlah pembayaran yang perlu ditanggung oleh penduduk Fasa 2 dan 3 menyebabkan isu ini beluml lagi terjawab dimalam tersebut.
Disamping itu, perlantikan 2 ke 3 orang AJK daripada kawasan Fasa 2 dan 3 bisa menyuburkan lagi semangat perpaduan diantara penduduk disini. Antara nama yang telah dilantik sebagai AJK KRT RTU Fasa 2 dan 3 ialah seperti berikut:
1)
En. Mohd Borhan Mat Don -
Rumah No. 77 Jln RTU 1/1
2)
En. Nadzri Nawar -
Rumah No. 9, Jln RTU 1/3
3)
En. Muhammad Fareed Abdullah -
No. 8 Jln RTU 1/1
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Imam Muda yang julung-julung kalinya bersua muka dengan penduduk tempatan.