Wednesday, 11 November 2020

Bila tugas dan tanggungjawab dipikul terlalu lama... Inilah jadinya..

Adakalanya menjadi suatu keperluan bagi kita menilai kembali tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan untuk kita didalam menjalankan tugas sebagai Unit Multimedia KRT RTU ini..

Apabila dah terlalu lama bertugas dengan jawatan yang sama, rasa lesu dan rasa malas dah jadi kebiasaan buat kita. Dan mungkin ada tertanya tanya adakah cukup sekadar update Facebook KRT Taman Raja Tun Uda sahaja sebagai tugasnya kita?.

Pada saya, selagi tiada sesiapa yang merasakan diri mereka berketrampilan untuk melakukan tugas ini maka biarlah saya sahaja penuhi permintaan ini. Sama contoh juga dengan Setiausaha KRT RTU yang ada sekarang ini. Selagi dia berkemampuan untuk menjalankan tugas sama yang dipikulnya maka biarkanlah dia sehingga ada seseorang yang sudi menerima tugasnya kelak. 

Hanya kepada Allah daku berserah.. Yang tahu dah yang tak ambil tahu tentang KRT Taman Raja Tun Uda sungguhpun sudah tinggal lama di taman ini selama mana saya berada disini.. Ada tahu tugas ini dibuat tanpa ada gaji dan elaun dan ianya semata mata kerana Allah SWT..

Wassalam. 

Shahrizan Hassan @Sarjan Hassan 

Saturday, 28 March 2020

Allah Maha Berkuasa!

Hari ini, komander tentera yang kononnya paling berkuasa di dunia, Setiausaha Pertahanan AS ... Dipenjarakan di rumah di bawah perintah Tuhan.. !!

Hari ini, semua hotel Las Vegas, kelab kasino terbesar di dunia, ditutup.

Hari ini, jalan-jalan pelacuran dan bar di Amsterdam, yang pendapatannya melebihi $ 10 bilion setahun, ditutup .. !!

Hari ini semua negara di dunia telah menutup kelab-kelab nudist, gay, kelab malam, bar dan banyak restoran .. !!

Hari ini, bilangan terbesar kenderaan paling mahal di dunia iaitu pesawat dilarang untuk digunakan .. !!

Hari ini, di dunia mengumumkan bahawa bayaran pinjaman bank akan ditangguhkan, mengurangkan kepada riba .. !!

Hari ini Putin membincangkan dengan Bashar, menghentikan perang di Syria.
 
Hari ini, ketua perisikan Mesir dan ketua kakitangan dalam kuarantin Selepas kematian tiga pemimpin hebat.

Hari ini, seluruh masyarakat dunia memakai penutup kepala dan tangan kerana takut akan virus yang tidak dilihat dengan mata kasar.

Hari ini, bursa saham jatuh, dalam dua minggu, 16 trilion dolar .. !! Di manakah mereka yang menganggap mereka hebat??? Adalah sesebuah negara mampu melakukan perubahan seumpama ini sekelip mata di seluruh dunia?  Di manakah titans?!  Sombong dan ateis yang menafikan kewujudan Tuhan. Di manakah penjenayah dan orang munafik?  Suara mereka telah hilang.

Siapakah raja hari ini di dunia??? Kepunyaan siapakah dunia ini ??? Allah yang maha besar !!!

Monday, 10 February 2020

Jalan Perjuangan...

Kalau kau berjuang dengan tabur duit, disekeliling kau akan ramai kaki kantau. 

Kalau kau berjuang dengan tabur janji, disekeliling kau akan ramai kroni menadah projek dan jawatan. 

Kalau kau berjuang dengan kau bina Harapan dan visi untuk masa depan masyarakat yang lebih baik - mungkin jadi mungkin tidak, mungkin berjaya mungkin tidak, mungkin kita sempat jumpa dalam usia kita mungkin tidak...

Dimana jalan nya penuh onak duri, ranjau, dan kau akan jumpa ramai yang akan pergi tinggalkan kau sebab tidak nampak imbuhan dan ada mencemuh menghina, itu biasa...

Namun, ketahuilah... Yang kekal. Istiqomah bersama dengan kau ialah mereka yang benar-benar nampak visi perjuangan ini dan akan sanggup mengharunginya bersama.

Mereka TIDAK ramai, tetapi mereka ada.

Teruskan. Jalan ini masih jauh, tapi ia jalan yang pasti... Dan inilah perjuangan sebenar...

Like a like.

Lalat menghurung sampah, lebah menghurung madu...

Anda yang mana?

Iswardy Morni

Monday, 16 May 2016

Sunday, 8 May 2016

Sunday, 9 February 2014

Bila Masa Sesuai Untuk Mendapat Anak Kedua?

Semenjak balik dari kursus keibubapaan yang diadakan baru-baru ini, saya berasa berkobar-kobar untuk berkongsi input-input yang boleh memperkasakan kita sebagai ibubapa.
Sebelum ini saya mendengar frasa “membesarkan keluarga, meramaikan umat, memperbanyakkan zuriat”…dan pelbagai retorik lagi yang disebut-sebut oleh penceramah lelaki.
Apabila saya memandang pada realiti masyarakat, saya mendapati bahawa ianya suatu yang ‘indah khabar dari rupa’. Terlalu ramai anak-anak Islam yang tidak dibentuk menjadi tunjang kekuatan Islam malahan ramai pula yang menjadi sampah masyarakat.
Saya tidak pasti sama ada semua ini adalah laungan keegoaan lelaki untuk membuktikan ‘kejantanan’ mereka atau mengikuti sunnah? Apakah selama ini Islam mengajar kita agar mementingkan kuantiti dari kualiti?
Saya mendapati Rasulullah s.a.w juga tidak mempunyai ramai anak sampai berbelas-belas. Saya belum mendengar kata-kata ulamak yang membenarkan umat Islam ramai tetapi menjadi bangkai tidak bernyawa akibat dadah, terlantar di katil-katil wad orthopaedik akibat berlumba di jalanraya atau ramai wanita yang hamil tanpa bapa yang sah.
Saya juga belum lagi mendengar seruan meramaikan anak dan membenarkan mereka hidup bergelandangan akibat saiz rumah-rumah di Malaysia semakin kecil dan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Atau tidak mengapa anak ramai walaupun mereka terpaksa mencuri dan menyamun akibat tidak mendapat cukup makan di rumah. Tidak kurang juga yang mempunyai anak ramai namun membiarkan ibubapa mereka dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat di rumah orang-orang tua.
Baru-baru ini seorang makcik berumur 62 tahun datang berjumpa saya dan mengadu sering sakit-sakit belakang. Bila saya tanya, rupanya beiau masih lagi bekerja sebagai pembersih (cleaner) di sebuah bangunan kerajaan. Beliau bekerja 8 jam tanpa henti 6 hari seminggu.
Bila saya mencadangkan agar beliau rehat saja di rumah, beliau memberitahu, ”Siapa mahu beri saya makan, bayar sewa rumah, elektrik dan air? Anak 8 orang semuanya tidak membantu..” Saya terkejut dengan kata-katanya. Bayangkan kalau setiap orang anak hanya memberikan RM50, bermakna sebulan ada RM400. Sudah tentu makcik itu tidak perlu bekerja kuat di usia yang lanjut.
Banyak lagi kepincangan yang mana kita hanya mementingkan kuantiti dan meninggalkan kualiti. Dalam satu hadis riwayat Baihaqi, Rasulullah s.a.w bersabda “Kahwinilah wanita yang subur. Sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu berbanding umat-umat lain”
Adakah kita mentafsirkan hadis di atas dengan cara yang betul? Atau kita membaca hadis berlandaskan syahwat dan nafsu? Islam mengajar untuk mengamalkan sesuatu perkara dengan beberapa kaedah tertentu.

Tuesday, 28 January 2014

Masalah Kekotoran Air Di Pili Bomba Taman Raja Tun Uda

 Gambar menunjukkan Pili Air Bomba dibuka oleh Timbalan Pengerusi...
 Kelihatan air yang memancut keluar dari pili bomba tersebut begitu kotor (berwarna coklat)...