Sunday, 9 February 2014

Bila Masa Sesuai Untuk Mendapat Anak Kedua?

Semenjak balik dari kursus keibubapaan yang diadakan baru-baru ini, saya berasa berkobar-kobar untuk berkongsi input-input yang boleh memperkasakan kita sebagai ibubapa.
Sebelum ini saya mendengar frasa “membesarkan keluarga, meramaikan umat, memperbanyakkan zuriat”…dan pelbagai retorik lagi yang disebut-sebut oleh penceramah lelaki.
Apabila saya memandang pada realiti masyarakat, saya mendapati bahawa ianya suatu yang ‘indah khabar dari rupa’. Terlalu ramai anak-anak Islam yang tidak dibentuk menjadi tunjang kekuatan Islam malahan ramai pula yang menjadi sampah masyarakat.
Saya tidak pasti sama ada semua ini adalah laungan keegoaan lelaki untuk membuktikan ‘kejantanan’ mereka atau mengikuti sunnah? Apakah selama ini Islam mengajar kita agar mementingkan kuantiti dari kualiti?
Saya mendapati Rasulullah s.a.w juga tidak mempunyai ramai anak sampai berbelas-belas. Saya belum mendengar kata-kata ulamak yang membenarkan umat Islam ramai tetapi menjadi bangkai tidak bernyawa akibat dadah, terlantar di katil-katil wad orthopaedik akibat berlumba di jalanraya atau ramai wanita yang hamil tanpa bapa yang sah.
Saya juga belum lagi mendengar seruan meramaikan anak dan membenarkan mereka hidup bergelandangan akibat saiz rumah-rumah di Malaysia semakin kecil dan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Atau tidak mengapa anak ramai walaupun mereka terpaksa mencuri dan menyamun akibat tidak mendapat cukup makan di rumah. Tidak kurang juga yang mempunyai anak ramai namun membiarkan ibubapa mereka dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat di rumah orang-orang tua.
Baru-baru ini seorang makcik berumur 62 tahun datang berjumpa saya dan mengadu sering sakit-sakit belakang. Bila saya tanya, rupanya beiau masih lagi bekerja sebagai pembersih (cleaner) di sebuah bangunan kerajaan. Beliau bekerja 8 jam tanpa henti 6 hari seminggu.
Bila saya mencadangkan agar beliau rehat saja di rumah, beliau memberitahu, ”Siapa mahu beri saya makan, bayar sewa rumah, elektrik dan air? Anak 8 orang semuanya tidak membantu..” Saya terkejut dengan kata-katanya. Bayangkan kalau setiap orang anak hanya memberikan RM50, bermakna sebulan ada RM400. Sudah tentu makcik itu tidak perlu bekerja kuat di usia yang lanjut.
Banyak lagi kepincangan yang mana kita hanya mementingkan kuantiti dan meninggalkan kualiti. Dalam satu hadis riwayat Baihaqi, Rasulullah s.a.w bersabda “Kahwinilah wanita yang subur. Sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu berbanding umat-umat lain”
Adakah kita mentafsirkan hadis di atas dengan cara yang betul? Atau kita membaca hadis berlandaskan syahwat dan nafsu? Islam mengajar untuk mengamalkan sesuatu perkara dengan beberapa kaedah tertentu.

Tuesday, 28 January 2014

Masalah Kekotoran Air Di Pili Bomba Taman Raja Tun Uda

 Gambar menunjukkan Pili Air Bomba dibuka oleh Timbalan Pengerusi...
 Kelihatan air yang memancut keluar dari pili bomba tersebut begitu kotor (berwarna coklat)...

Tuesday, 14 January 2014

Program Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah Taman Raja Tun Uda

Bertempat di Perkarangan Taman Raja Tun Uda telah diadakan Program Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah bersama 14hb Januari 2014 bermula jam 8 pagi.

Selawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...
Kelihatan sdr Abadi sedang menolah kearah anaknya...
Bila anak Sarjan Hassan dan Mohd Raimie bersatu...

Sunday, 12 January 2014

Uniform Baru pak Guard Taman Raja Tun Uda

 Uniform baru pak guard RTU
Disponsor oleh seorang warga Taman RTU yang pemurah...

Saturday, 11 January 2014

Majlis Suai Kenal & Perlantikan AJK Fasa 2 & 3 Taman RTU

Bertempat di Rumah Abg Rahim pada jam 9.00 malam pada 11 Januari 2014 telah diadakan perjumpaan bersama penduduk Fasa 2 dan 3 yang mana perjumpaan ini bertujuan bagi bersuai-kenal antara AJK KRT RTU Fasa 1 bersama penduduk RTU Fasa 2 dan 3 yang baru sahaja rumah mereka dibuka untuk diduduki.

Perjumpaan ini turut membahaskan isu-isu mengenai soal keselamatan di Fasa 2 dan 3 yang mana kemungkinan perlunya penambahan terhadap staff Security di kawasan tersebut bagi memantapkan lagi keselamatan penduduk. Namun begitu, persoalan mengenai kos dan jumlah pembayaran yang perlu ditanggung oleh penduduk Fasa 2 dan 3 menyebabkan isu ini beluml lagi terjawab dimalam tersebut.

Disamping itu, perlantikan 2 ke 3 orang AJK daripada kawasan Fasa 2 dan 3 bisa menyuburkan lagi semangat perpaduan diantara penduduk disini. Antara nama yang telah dilantik sebagai AJK KRT RTU Fasa 2 dan 3 ialah seperti berikut:

1) En. Mohd Borhan Mat Don - Rumah No. 77 Jln RTU 1/1
2) En. Nadzri Nawar - Rumah No. 9, Jln RTU 1/3
3) En. Muhammad Fareed Abdullah - No. 8 Jln RTU 1/1

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Imam Muda yang julung-julung kalinya bersua muka dengan penduduk tempatan.


Saturday, 4 January 2014

Program Gotong Royong 2014

Program Gotong Royong KRT RTU 2014

Program Gotong-Royong 2014

Tarikh : 5 Januari 2014 (Ahad)

Masa  : 8.30 - 11.00 pagi

Tempat : Perkarangan Taman Raja Tun Uda

Tugasan : 1) Mengecat Palang Keselamatan

                   2) Memasang Papan Kenyataan

Abg kawasan, Samad sedang memerhatikan anak buahnya bekerja...
Wak, Timb. Pengerusi KRT sedang merangka pelan untuk tiang papan kenyataan RTU.


Watikah Perlantikkan Sebagai AJK KRT RTU



Sambutan Di Ambang Ramadhan 1434 H Taman Raja Tun Uda

Majlis Perkahwinan Rafizan & Izanti di Taman Raja Tun Uda

Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah Tadika Permata D'Hati Kid Centre RTU

Temasya di Taman Raja Tun Uda Sewaktu Majlis Perkahwinan anak Abg Mie

Ceramah Agama Oleh Dato' Haron Din di Darul Syifaa Cawangan Semenyih...

Friday, 3 January 2014

Perlantikkan Sebagai AJK Biro Kebajikan KRT RTU 2014

Assalamu'alaikum wbt.

Bermula tahun 2014, saya telah dilantik sebagai AJK Biro Kebajikan Kawasan Rukun Tetangga Taman Raja Tun Uda bagi sesi 2014.


Senarai AJK KRT RTU 2014 yang baru boleh diketahui dengan melayari Rukun Tetangga Taman Raja Tun Uda...


Disamping itu, sukalah saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu, saya diberi nama Shahrizan Hassan, gelaran Sarjan Hassan hanyalah gelaran sewaktu saya berada di Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi, Seksyen Satu (1) tempat dimana saya dibesarkan... Gelaran tersebut terbawa-bawa sampailah sekarang...


Saya mempunyai seorang cahayamata bernama Muhammad Syazwan dan kini ditahun 2 Sekolah Kebangsaan Semenyih... Cepat sungguh masa itu berlalu... Seakan baru saja syazwan lahir pada 25 Ogos 2006 yang lalu...


Saya mempunyai seorang isteri yang dicintai, Puan Norizan dan saya merupakan anak yang ke-4 daripada 5 orang adik beradik, 4 lelaki dan seorang perempuan. Selanjutnya bolehlah menghubungi saya menerusi alamat email facebook di Gmail Sarjan Hassan


Sehingga sampai disini dulu... Sekian, Majulah RT Taman Raja Tun Uda...